Saturday, June 5, 2010

Sejarah Takaful

1. Takaful sebenarnya telah lama diamalkan, iaitu sejakzaman Nabi Muhammad SAW 1400 tahun dulu lagi.

2. Pada zaman Nabi, antara sistem Takaful yang diguna oleh baginda ialah :
• a) al-Qasamah (urusan perniagaan) <--lebih kurang Takaful AM
• b) al-Aqilah (urusan kebajikan) <--lebih kurang Takaful Keluarga

3) Sistem Takaful ini berkembang pesat dengan kehebatan Empayar Islam, dan mula mengalami proses kemodenan apabila Khalifah Umar r.a memperkenalkan Takaful Marin.


4) Apabila Empayar Islam mengalami kemerosotan, sistem Takaful ini mula lenyap.

5) Akhirnya, BARAT memperkenalkan INSURANS pada kurun ke-15 yang berasaskan konsep jual-beli. (LONDON:1583)

6) setelah itu, INSURANS menguasai pasaran dunia hampir 500 tahun!

7) dan apabila penjajah membawa masuk ke negara kita, diorang bawak masuk sekali sistem Insurans dari Barat ini.

8) Pada tahun 1979, Negara Sudan - sebuah negara Islam yang kecil, melahirkan semula Takaful.

9) dan pada tahun yang sama, 1979 - para ulamak seluruh dunia bersidang bersama pakar-pakar ekonomi Islam termasuk Malaysia. setelah kajian dibuat dengan teliti bersama dengan hujah yang jelas, akhirnya mereka bersepakat mengeluarkan fatwa bahawa INSURANS KONVENSIONAL adalah HARAM dan Takaful adalah dibenarkan.

10) Tahun 1985 - Akta Takaful 1985 digubal

11) Tahun 1985 - Syarikat Takaful Malaysia ditubuhkan.

12) Sehingga tahun 2008 ini, sebanyak 8 syarikat Takaful telah pun berdaftar dan patuh syariah. hanya 8 syarikat ini sahaja yang menyediakan Perlindungan ISLAM.
• Takaful Ikhlas Sdn Bhd
• CIMB Aviva Takaful Berhad
• HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
• Hong Leong Tokio Marine Takaful
• Etiqa Takaful
• MAA Takaful
• Prudential BSN Takaful Berhad
• Syarikat Takaful Malaysia Berhad

Kesimpulan daripada sejarah ini :

INSURANS : Ciptaan Manusia, berkonsepkan "jual-beli" dan perniagaan, mengaut keuntungan.

TAKAFUL : Bersumberkan Wahyu, berteraskan nilai-nilai Islam, Tabarru' (derma) dan Ta'wun (kerjasama)

yang mana nak beri pendapat, pembetulan, cadangan, komen adalah digalakkan

No comments:

Post a Comment