Friday, June 4, 2010

Buat iktibar kita Semua...

Di sini saya ingin berkongsi sedikit mengenai kisah sahabat saya dr ejen etiqa takaful di mana kisahnya agak menyayat hati kita semua...

sila amik iktibar..


Kisah ni actually berlaku pada tahun 2005. Saya masih baru sebagai ejen eTiQa takaful( dulunya Takaful Nasional). Saya berkenalan dgn seorang kakak, saya panggil dia Kak Siti (bukan nama sebenar) di kelas agama untuk staf wanita di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) KL yg diadakan setiap jumaat waktu sembahyang jumaat. Kelas ni untuk staf aje, tapi saya selalu menyibuk kat sana, buat2 mcm staf. Biasanya hari jumaat pagi saya appointment dgn 2-3 org staf DBP, pastu saya akan join kelas tu tengahari. ye la, akhirat kena buat jugak. sama2 beringat lah


So saya approach Kak Siti tadi, ajak dia buat at least 1 pelan takaful utk cover diri sendiri. Pung pang pung pang cerita, Kak Siti faham pelan tu, terus sign up. Masa tu Kak Siti berumur 47 tahun. Dia cakap, kenapa la takde ejen takaful dtg jumpa dia masa dia muda remaja dulu, masa dia awal2 kerja kat DBP. Sebab kalau umur dah banyak, lagi mahal kena contribute. So saya keluarkan quotation yg saya agak dia mampu byr; RM150 sebulan je, dpt coverage kematian/hilang upaya dalam Rm50,000. Saya letak term rider sekali sebab umur dia dah 47 tahun, baru la tinggi sikit coverage. pastu ada la jugak rider2 yg lain. Dia cakap gaji dia tak banyak, Rm150 tu bole la. So saya fikir takpelah, sikit pun takpe daripada dia langsung takde coverage. Sebenarnya saya rasa dia mampu contribute lebih lagi, tapi takpela, saya pun tak reti nak close higher. saya ejen baru lagi masa tu, takde pengalaman.

Kak Siti ni sebenarnya ada penyakit sikit, selalu pegi jumpa doktor.hati dia ada kuman mcm mana ntah saya pun tak faham. tengok medical report dia pun saya tak faham. maklumla saya bukan background medic. oleh kerana saya seorang ejen yg honest dan lurus(masuk bakul angkat sendiri), saya terus submit medical report dia sekali dgn application form dia. sebab saya dah agak, ni mesti susah nak lepas underwriting ni. tapi takpe, try dulu.at least saya dah tolong dia

sangkaan saya betul berlaku, pihak underwriting eTiQa mintak Kak Siti tambah byrn kepada RM250 untuk dpt coverage sama mcm quotation . Kitorang panggil kes macam ni; 'loading' . kalau org yg sihat kena contribute RM150, manakala org yg dah ada penyakit, kena contribute higher to get the same coverage. staf eTiQa call Kak Siti direct utk bagitau psl loading tu. saya pun taktau cerita, apa ntah yg staf tu cakap kat dia, sampai dia nak cancel application tu.

the next day saya pegi DBP jumpa kak siti. saya pujuk dia, kalau Rm200 bole tak kak siti? saya ubah quotation. ataupun kalau kak siti nak RM150 jugak pun bole sebenarnya, cuma coverage rendah sikit. alamak kak siti dah pening. dia cakap, takpela sue, kak siti malas la rasanya nak masuk takaful ni. rasa macam susah pulak. lepas tu nak kena potong2 gaji sana sini. susah pulak. nak kena ubah2 pulak.pastu dia cakap, alaa akak dah tua dah, beberapa tahun je lagi nak pencen dah, tak payah la sebuk2 masuk takaful. susah aje. alamak! dia dah rasa susah pulak. pastu dia menyalahkan saya pulak sebab tak dtg jumpa dia masa dia umur 24 tahun dulu. laaa masa tu sue sekolah rendah lagi laaaa, tengah blaja ABC tu haha geli hati pulak saya dengar dia ckp mcm tuuu

pastu application kak siti tu cancel, eTiQa pulang balik duit dia. saya pun tak tau nak buat apa dah. pujuk2 tak makan pujuk dah dia. takpelah saya redha. saya jenis tak reti nak paksa org.

pastu lama sgt saya tak jumpa kak siti ni. pegi kelas agama tu, takde nampak pulak kak siti kat sana. masuk tahun 2007, jun kalau tak silap saya, saya lalu tepi notice board sebelah lif nak pegi parking basement DBP tu, saya terpandang satu kertas A4 putih tertulis:

Al-Fatihah buat almarhumah Puan.... yang meninggalkan kita semalam di HUKM

Innalillah.. tergamam saya!! patutla saya lama tak nampak dia, rupanya dia tengah sakit.Menderita sakit yg sama yg ada kuman kat hati dia, cuma lebih teruk. saya taktau cerita apa pun. lagipun saya sendiri dah lama jugak tak jenguk DBP. diorang pulak takde khabarkan. senyap aje sume. sahabat2 arwah ada cakap, arwah lama jugak masuk hospital tu. banyak kos kena tanggung. total dalam Rm50,000 lebih. dia masuk HUKM yg specialist tu, kira macam hospital swasta la kan. ooo patutla mahal. duit pencen arwah habis digunakan untuk byr bil hospital. DBP pulak tak bole nak tanggung kos tu sebab DBP ni kerajaan, dia cover hanya hospital kerajaan. Ada jugak yg DBP kasi cuma sikit sangat, sekadar belas kasihan. Still, tolak duit pencen pun tak cukup jugak duit utk setelkan bil tu. Famili yang kena tanggung hutang bil tu. Anak2 arwah ada 3 org. yang sulung sekolah menengah. Suami arwah kerja makan gaji biasa2 aje. saya taktau macam mana famili arwah setelkan bil tu.

Menitis air mata saya dengar cerita mereka..... dalam hati saya.. sepatutnya aku lebih tegas, paksa kak siti dulu. paksa sampai dia setuju untuk teruskan pelan takaful tu! tak payah pujuk2. kini saya tak berani nak tunjuk muka depan famili dia, even diorang tak kenal saya.

deep down inside, saya rasa betul2 bersalah dan menyesal!

oleh: namanya sy rahsiakanla

No comments:

Post a Comment