Monday, June 14, 2010

PLAN PERLINDUNGAN & SIMPANAN ETIQA (SKIM PERLINDUNGAN PENDAPATAN)

1.TERAS EXTRA

FAEDAH-FAEDAH

-ANDA DIJAMIN MENDAPAT 2 KALI GANDA NILAI PERLINDUNGAN SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN.

-ANDA DIJAMIN MENDAPAT 100% DARI NILAI PERLINDUNGAN SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN DAN HILANG UPAYA.

-ANDA DIJAMIN MENERIMA PULANGAN 100% NILAI PERLINDUNGAN APABILA POLISI ANDA MATANG.

-ANDA DIJAMIN MENERIMA PERLINDUNGAN INSURANS DARI KAMI SEHINGGA UMUR ANDA 60 TAHUN.

-PERLINDUNGAN TAMBAHAN SEPERTI PAMPASAN PENYAKIT, ELAUN HOSPITAL, DAN KHAIRAT KEMATIAN DISEDIAKAN.

2.SURI – PLAN PERLINDUNGAN KHUSUS UNTUK WANITA

FAEDAH-FAEDAH

-ANDA DIJAMIN MENDAPAT 150% DARI NILAI PERLINDUNGAN SERTA MERTA SEKIRANYA DIKESAN MENGHIDAP SALAH SATU KANSER WANITA.

-ANDA DIJAMIN MENDAPAT 100% DARI NILAI PERLINDUNGAN SEKIRANYA MENGHIDAP SALAH SATU DARI 36 PENYAKIT BERBAHAYA YANG KRITIKAL.

-ANDA DIJAMIN MENERIMA PULANGAN 100% NILAI PERLINDUNGAN APABILA POLISI ANDA MATANG.

-ANDA DIJAMIN MENERIMA PERLINDUNGAN INSURANS DARI KAMI SEHINGGA UMUR ANDA 60 TAHUN.

-CARUMAN HANYA 4/5 DARI TEMPOH POLISI. CTH : TEMPOH PERLINDUNGAN 30 TAHUN TAPI BAYARAN PREMIUM DIBAYAR UNTUK 24 TAHUN SAHAJA. 6 TAHUN LAGI TEMPOH PERLINDUNGAN PERCUMA!!

PELAN TERBARU ETIQA

PLAN PELABURAN, PERLINDUNGAN & SIMPANAN ETIQA (3 in 1)

1.TRIPLE LIFESTYLE PROTECTOR (TLP)

FAEDAH-FAEDAH

- ANDA DIJAMIN MENDAPAT PULANGAN TUNAI 15% DARI NILAI POLISI SETIAP 3 TAHUN BERMULA TEMPOH PERLINDUNGAN 5 TAHUN.

- ANDA DIJAMIN AKAN MENERIMA PULANGAN 15% TUNAI INI SEHINGGA UMUR ANDA 85 TAHUN.

- ANDA DIJAMIN MENERIMA PULANGAN 100% JUMLAH PERLINDUNGAN APABILA POLISI ANDA MATANG.

- ANDA DIJAMIN MENERIMA PERLINDUNGAN INSURANS DARI KAMI SEHINGGA UMUR ANDA 85 TAHUN.

- DIJAMIN TEMPOH BAYARAN HANYA UNTUK 20 TAHUN DAN ANDA TETAP MENDAPAT PERLINDUNGAN DAN BONUS 15% SEHINGGA ANDA 85 TAHUN.

- ANDA BOLEH MEMILIH UNTUK MEMINDAHKAN PULANGAN 15% ANDA KE AKAUN ASB, AKAUN TABUNG HAJI ATAU AKAUN BANK ANDA.

2. TWIN SPECIAL PROTECTOR (TSP)

FAEDAH-FAEDAH

-ANDA DIJAMIN MENDAPAT PULANGAN TUNAI 12.5% DARI NILAI POLISI SETIAP 3 TAHUN BERMULA TEMPOH PERLINDUNGAN 3 TAHUN.

-ANDA DIJAMIN MENERIMA PULANGAN 100% JUMLAH PERLINDUNGAN APABILA POLISI ANDA MATANG.

-ANDA DIJAMIN MENERIMA PERLINDUNGAN INSURANS DARI KAMI SEHINGGA UMUR ANDA 60 TAHUN.

-PENGECUALIAN CARUMAN JIKA MENGHIDAPI PENYAKIT BERBAHAYA DAN ANDA TETAP MENDAPAT BONUS 12.5% SEHINGGA TEMPOH MATANG.

-ANDA BOLEH MEMILIH UNTUK MEMINDAHKAN PULANGAN 12.5% ANDA KE AKAUN ASB, AKAUN TABUNG HAJI ATAU AKAUN BANK ANDA.

Saturday, June 5, 2010

Sejarah Takaful

1. Takaful sebenarnya telah lama diamalkan, iaitu sejakzaman Nabi Muhammad SAW 1400 tahun dulu lagi.

2. Pada zaman Nabi, antara sistem Takaful yang diguna oleh baginda ialah :
• a) al-Qasamah (urusan perniagaan) <--lebih kurang Takaful AM
• b) al-Aqilah (urusan kebajikan) <--lebih kurang Takaful Keluarga

3) Sistem Takaful ini berkembang pesat dengan kehebatan Empayar Islam, dan mula mengalami proses kemodenan apabila Khalifah Umar r.a memperkenalkan Takaful Marin.


4) Apabila Empayar Islam mengalami kemerosotan, sistem Takaful ini mula lenyap.

5) Akhirnya, BARAT memperkenalkan INSURANS pada kurun ke-15 yang berasaskan konsep jual-beli. (LONDON:1583)

6) setelah itu, INSURANS menguasai pasaran dunia hampir 500 tahun!

7) dan apabila penjajah membawa masuk ke negara kita, diorang bawak masuk sekali sistem Insurans dari Barat ini.

8) Pada tahun 1979, Negara Sudan - sebuah negara Islam yang kecil, melahirkan semula Takaful.

9) dan pada tahun yang sama, 1979 - para ulamak seluruh dunia bersidang bersama pakar-pakar ekonomi Islam termasuk Malaysia. setelah kajian dibuat dengan teliti bersama dengan hujah yang jelas, akhirnya mereka bersepakat mengeluarkan fatwa bahawa INSURANS KONVENSIONAL adalah HARAM dan Takaful adalah dibenarkan.

10) Tahun 1985 - Akta Takaful 1985 digubal

11) Tahun 1985 - Syarikat Takaful Malaysia ditubuhkan.

12) Sehingga tahun 2008 ini, sebanyak 8 syarikat Takaful telah pun berdaftar dan patuh syariah. hanya 8 syarikat ini sahaja yang menyediakan Perlindungan ISLAM.
• Takaful Ikhlas Sdn Bhd
• CIMB Aviva Takaful Berhad
• HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
• Hong Leong Tokio Marine Takaful
• Etiqa Takaful
• MAA Takaful
• Prudential BSN Takaful Berhad
• Syarikat Takaful Malaysia Berhad

Kesimpulan daripada sejarah ini :

INSURANS : Ciptaan Manusia, berkonsepkan "jual-beli" dan perniagaan, mengaut keuntungan.

TAKAFUL : Bersumberkan Wahyu, berteraskan nilai-nilai Islam, Tabarru' (derma) dan Ta'wun (kerjasama)

yang mana nak beri pendapat, pembetulan, cadangan, komen adalah digalakkan

Friday, June 4, 2010

Jangan Takut Jumpa Agen insuran @ Takaful

Saya tahu ramai diantara kita akan mengelakkan diri untuk berjumpa dengan ejen insurans.Ketakutan pada agen insurans umpama macam berjumpa dengan along..

Saya tidak salahkan anda sekiranya anda takut untuk bertemu dengan mereka ini.Mungkin anda pernah mengalami pengalaman yang pahit semasa berurusan dengan agen insurans.Namun begitu saya ingin memohon kepada anda, untuk membuka sedikit ruang kepada mereka yang bergelar agen insurans, manalah tahu sebenarnya anda memerlukan khidmat nasihat mereka.
Untuk makluman semua, saya adalah merupakan agen insurans & takaful secara full-time. Saya bernaung di bawah Etiqa Takaful Bhd sebuah ank syarikat Maybank. Etiqa menawarkan pakej perlindungan yang menarik dan berpatutan yang mana anda akan mendapat 3 in 1, PERLINDUNGAN, SIMPANAN & PELABURAN..

Untuk mendapatkan maklumat berhubung plan2 insurans etiqa bolehlah hubungi saya di email asrinalwi@gmail.com YM: hero_pmm15. Dapatkanlah maklumat untuk keperluan untuk diri dan keluarga, dan jangan membeli insuran yang tidak sesuai dengan keperluan anda.

Buat iktibar kita Semua...

Di sini saya ingin berkongsi sedikit mengenai kisah sahabat saya dr ejen etiqa takaful di mana kisahnya agak menyayat hati kita semua...

sila amik iktibar..


Kisah ni actually berlaku pada tahun 2005. Saya masih baru sebagai ejen eTiQa takaful( dulunya Takaful Nasional). Saya berkenalan dgn seorang kakak, saya panggil dia Kak Siti (bukan nama sebenar) di kelas agama untuk staf wanita di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) KL yg diadakan setiap jumaat waktu sembahyang jumaat. Kelas ni untuk staf aje, tapi saya selalu menyibuk kat sana, buat2 mcm staf. Biasanya hari jumaat pagi saya appointment dgn 2-3 org staf DBP, pastu saya akan join kelas tu tengahari. ye la, akhirat kena buat jugak. sama2 beringat lah


So saya approach Kak Siti tadi, ajak dia buat at least 1 pelan takaful utk cover diri sendiri. Pung pang pung pang cerita, Kak Siti faham pelan tu, terus sign up. Masa tu Kak Siti berumur 47 tahun. Dia cakap, kenapa la takde ejen takaful dtg jumpa dia masa dia muda remaja dulu, masa dia awal2 kerja kat DBP. Sebab kalau umur dah banyak, lagi mahal kena contribute. So saya keluarkan quotation yg saya agak dia mampu byr; RM150 sebulan je, dpt coverage kematian/hilang upaya dalam Rm50,000. Saya letak term rider sekali sebab umur dia dah 47 tahun, baru la tinggi sikit coverage. pastu ada la jugak rider2 yg lain. Dia cakap gaji dia tak banyak, Rm150 tu bole la. So saya fikir takpelah, sikit pun takpe daripada dia langsung takde coverage. Sebenarnya saya rasa dia mampu contribute lebih lagi, tapi takpela, saya pun tak reti nak close higher. saya ejen baru lagi masa tu, takde pengalaman.

Kak Siti ni sebenarnya ada penyakit sikit, selalu pegi jumpa doktor.hati dia ada kuman mcm mana ntah saya pun tak faham. tengok medical report dia pun saya tak faham. maklumla saya bukan background medic. oleh kerana saya seorang ejen yg honest dan lurus(masuk bakul angkat sendiri), saya terus submit medical report dia sekali dgn application form dia. sebab saya dah agak, ni mesti susah nak lepas underwriting ni. tapi takpe, try dulu.at least saya dah tolong dia

sangkaan saya betul berlaku, pihak underwriting eTiQa mintak Kak Siti tambah byrn kepada RM250 untuk dpt coverage sama mcm quotation . Kitorang panggil kes macam ni; 'loading' . kalau org yg sihat kena contribute RM150, manakala org yg dah ada penyakit, kena contribute higher to get the same coverage. staf eTiQa call Kak Siti direct utk bagitau psl loading tu. saya pun taktau cerita, apa ntah yg staf tu cakap kat dia, sampai dia nak cancel application tu.

the next day saya pegi DBP jumpa kak siti. saya pujuk dia, kalau Rm200 bole tak kak siti? saya ubah quotation. ataupun kalau kak siti nak RM150 jugak pun bole sebenarnya, cuma coverage rendah sikit. alamak kak siti dah pening. dia cakap, takpela sue, kak siti malas la rasanya nak masuk takaful ni. rasa macam susah pulak. lepas tu nak kena potong2 gaji sana sini. susah pulak. nak kena ubah2 pulak.pastu dia cakap, alaa akak dah tua dah, beberapa tahun je lagi nak pencen dah, tak payah la sebuk2 masuk takaful. susah aje. alamak! dia dah rasa susah pulak. pastu dia menyalahkan saya pulak sebab tak dtg jumpa dia masa dia umur 24 tahun dulu. laaa masa tu sue sekolah rendah lagi laaaa, tengah blaja ABC tu haha geli hati pulak saya dengar dia ckp mcm tuuu

pastu application kak siti tu cancel, eTiQa pulang balik duit dia. saya pun tak tau nak buat apa dah. pujuk2 tak makan pujuk dah dia. takpelah saya redha. saya jenis tak reti nak paksa org.

pastu lama sgt saya tak jumpa kak siti ni. pegi kelas agama tu, takde nampak pulak kak siti kat sana. masuk tahun 2007, jun kalau tak silap saya, saya lalu tepi notice board sebelah lif nak pegi parking basement DBP tu, saya terpandang satu kertas A4 putih tertulis:

Al-Fatihah buat almarhumah Puan.... yang meninggalkan kita semalam di HUKM

Innalillah.. tergamam saya!! patutla saya lama tak nampak dia, rupanya dia tengah sakit.Menderita sakit yg sama yg ada kuman kat hati dia, cuma lebih teruk. saya taktau cerita apa pun. lagipun saya sendiri dah lama jugak tak jenguk DBP. diorang pulak takde khabarkan. senyap aje sume. sahabat2 arwah ada cakap, arwah lama jugak masuk hospital tu. banyak kos kena tanggung. total dalam Rm50,000 lebih. dia masuk HUKM yg specialist tu, kira macam hospital swasta la kan. ooo patutla mahal. duit pencen arwah habis digunakan untuk byr bil hospital. DBP pulak tak bole nak tanggung kos tu sebab DBP ni kerajaan, dia cover hanya hospital kerajaan. Ada jugak yg DBP kasi cuma sikit sangat, sekadar belas kasihan. Still, tolak duit pencen pun tak cukup jugak duit utk setelkan bil tu. Famili yang kena tanggung hutang bil tu. Anak2 arwah ada 3 org. yang sulung sekolah menengah. Suami arwah kerja makan gaji biasa2 aje. saya taktau macam mana famili arwah setelkan bil tu.

Menitis air mata saya dengar cerita mereka..... dalam hati saya.. sepatutnya aku lebih tegas, paksa kak siti dulu. paksa sampai dia setuju untuk teruskan pelan takaful tu! tak payah pujuk2. kini saya tak berani nak tunjuk muka depan famili dia, even diorang tak kenal saya.

deep down inside, saya rasa betul2 bersalah dan menyesal!

oleh: namanya sy rahsiakanla